Amerika Syarikat lwn. Lara

Amerika Syarikat lwn. Lara, 541 U.S. 193 (2004), ialah satu kes Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang memutuskan bahawa kedua-dua Amerika Syarikat dan suku Native American (Indian) boleh mendakwa seorang Indian untuk perbuatan jenayah yang sama di kedua-dua bidang kuasa. Mahkamah tersebut memutuskan bahawa Amerika Syarikat dan suku tersebut adalah daulatan berasing; oleh itu, pendakwaan puak dan persekutuan tidak menlanggar Double Jeopardy Clause.[1]Pada 1880-an, Kongres meluluskan Akta Jenayah Besar, melupuskan bidang kuasa jenayah puak-puak berkenaan dengan beberapa jenayah felony. Pada tahun 1990, Mahkamah Agung memutuskan dalam Duro v. Reina bahawa suku Indian tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa seorang Indian yang bukan anggota suku tersebut. Pada tahun seterusnya, Kongress meluluskan undang-undang yang menyatakan bahawa suku Orang Asli, disebabkan oleh kedaulatan semula jadi, mempunyai kuasa untuk mendakwa Indian yang bukan anggota untuk jenayah yang dilakukan dalam bidang kuasa wilayah mereka.Defenden, Billy Jo Lara, telah didakwa dengan perbuatan yang merupakan kesalahan jenayah di bawah kedua-dua undang-undang Spirit Lake Sioux Tribe dan persekutuan United States Code. Lara mengaku bersalah terhadap tuduhan puak, tetapi merayu double jeopardy terhadap tuduhan persekutuan. Mahkamah Agung memutuskan bahawa "double jeopardy" tidak berkaitan dengan Lara disebabkan "pendakwaan berturut-turut dilaksanakan oleh badan-badan kerajaan yang berasingan dan berbeza".